Wednesday 5 September 2012

Dark CHOC CHIP with PISTACHIO Cookies



Assalamualaikummm.. Selamat Sejahtera juga pada yang bukan beragama islam. Cookies saya ni memanglah itam legam, tapi itam bukan sebarang itam taww.. Sekali bite jer dah buntang mata sedapnya hingga tak boleh benti makannya. Kata sayalaa tu dan mereka mereka yang dah pernah rasa. Tiap kali raya memang sekut ni laa yang selalu kena kutuk dek adek adek yang tak sayang mulut tu dek kerana rupanya yang itam legam TETAPI sekut ni jugaklah yang dorang hadap tak benti benti dari yang tua sampailah yang sekecik anak semuanya suka gilerr. Itam itu MENAWAN.. tak giteww?? hehehh..




Actually ni sekut raya ritulaa, baru sempat nak hapdetnya. Takperlah, raya haji sok pun boleh buat. Tak raya pun boleh jer, leh buat kudapan sambil sambil lepaq depan TV tu kan. Resepi asalnya dulu saya dari google search @ Nigella Lawson tapi saya dah adjust balik sikit ikut citarasa saya melalui pengalaman yang saya telah buat pada tahun lepas. Bahan pun saya guna mengikut apa yang senang dapat kat Mesia ni jer tapi rasanya tetap sedap. Saya try google search gak tadi, nak try cari balik supaya dapat copy link dia kat sini tapi tahlaa tak jumpa pulak. Macam macam pulak soklan kena jawab, tak kuasalah. Resepi asalnya pun dalam bahasa omputih, saya terjemahkanlah sesiap kat sini yer.  




BAHAN BAHAN :

125 gm Dark Cooking Choc ~~ min 70% cocoa solid
150 gm Tepung Gandum
30 gm Serbuk Koko ~~ diayak
1 sudu teh Soda Bicarbonate
1/2 sudu teh Garam Halus ~~ jika guna unsalted Butter
125 gm Butter/Mentega ~~ suhu bilik
75 gm Gula Perang halus
50 gm Gula Kastor
1 sudu teh Vanilla Extract
1 biji Kuning Telur ~~ sejuk dari fridge
200 gm Dark Choc Chips
150 gm Kacang Pistachio ~~ dipanggang dan cincang kasar.




~~ CARA CARANYA ~~

1. Cairkan dark cooking choc atau choc masakan di dalam microwave atau dengan kaedah double boiled. Sejukkan sebentar.

2. Satukan tepung gandum, serbuk koko, soda bicarbonate dan garam di dalam mangkuk. Gaul rata.

3. Krimkan butter bersama gula perang dan gula kastor. Saya kacau dengan senduk jer. Kemudian masukkan cooking choc yang telah dicairkan tadi dan kacau sebati. 

4. Pukul kuning telur yang sejuk dari frigde bersama vanilla extract dan masukkan ke dalam bahan di atas. Selepas itu masukkan bahan bahan kering sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh. 

5. Saya masukkan sebentar adunan ke dalam peti sejuk lebih kurang 10 min. Tutup adunan dengan plastik.

6. Keluarkan adunan dan gaul rata dengan dark choc chips dan kacang pistachio. Jika adunan mengeras, biarkan ia thaw sebentar. Bentuk bentuk dan letakkan di dalam bekas pembakar. Jangan bentukkan besar sangat sebab ia akan mengembang sedikit setelah dibakar.

7. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 20 min atau mengikut kapasiti oven memasing. 




Selamat Mencuba.. Saya dan anak saya, Farrah suka betul buat cookies ni. Senang sangat membuatnya dan juga sangat sedapppp.. :b



5 comments:

Azie said...

Amboooi meleleh air liur apanyg Shiela tulis. Boleh cuba kalau dah terbuka hati nak membuat biskut. Skrg ni hati masih tertutup.

Shiela said...

Alaaa.. nape tetutup pulak dear.. Takper, bila ada mood nanti boleh cuba. Memang sedap cookies ni. :)

Unknown said...

Assalamualaikum, kukis ni crunchy x? Boleh tanya awak pakai dark cookin gchocolate and dark choc chip brand apa? kalau saya pakai gula perang je tanpa pakai gula putih asal x nak manis sgt, ok x? first time nak try buat ni, insyaAllah..

Unknown said...

Hi dear..boleh tahu pakai serbuk koko brand ape? Sy guna van houtten tp xpekat mcm awk buat la..kenapa ya?

Unknown said...

Hi dear..boleh tahu pakai serbuk koko brand ape? Sy guna van houtten tp xpekat mcm awk buat la..kenapa ya?